Karnival banner
10 Disember 2010

PostHeaderIcon Kemeriahan Karnival U&I di Kg. Ubai, Kuantan, Pahang


Pada 27 dan 28 November yang lalu PJK Kampung Ubai telah melaksanakan Karnival Usahawan dan ICT 2010. Program ini telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta dari PJK-PJK Digi yang lain. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk para pengunjung antaranya ‘Winning Eleven’,pertandingan Blog , Penceritaan Digital, mereka cipta, ‘Puzzle Game’ dan sebagainya.

Pada hari pertama pendaftaran pengunjung telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Setiap pengunjung yang hadir telah diberikan nombor untuk cabutan bertuah. Manakala bagi pengunjung kanak-kanak pula Pihak Digi telah bermurah hati untuk memberi cenderamata.

Acara pertama bermula dengan senam robik yang telah di kelolakan oleh pemuda-pemuda Kampung Ubai. Acara ini telah disertai oleh pelbagai golongan penduduk kampung.
Pada pukul 10 pagi pertandingan ‘Winning Eleven’ telah berlangsung di PJK Kampung Ubai. Pertandingan ini telah kendalikan oleh Cik Wan Masnita dari PJK Pasir Gajah dan juga Encik Hafiz dari PJK Gual Ipoh. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Mohd Nor Khidzan b. Ibrahim.

Sementara itu pada waktu yang sama juga telah berlangsung beberapa aktiviti di luar PJK, bersebelahan dengan dewan serbaguna Kampung Ubai. Aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan Teka Jelly dalam balang, reka cipta barangan terbuang dan juga ‘Puzzle Game’ untuk kanak-kanak. Berpeluh-peluh juga mereka ingin menyiapkan ‘puzzle’ yang telah diberikan.

Pada pukul 11 pagi kami telah memberi ruang kepada pihak MSC sebagai penaja utama Karnival U&I untuk slot ceramah kepada para pengunjung. Antara topik yang di ketengahkan adalah pengenalan kepada MSC, perkongsian pengalaman oleh usahawan berjaya dan juga pengenalan kepada asas web 2.0.

Pada waktu petang pula telah berlangsung pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berusia 6-8 tahun dan juga pertandingan mewarna matematik secara ‘online’ di PJK. Bagi peserta pertandingan mewarna, pihak MSC telah bermurah hati untuk memberi sebuah buku mewarna yang di dalamnya terdapat watak-watak dalam cerita animasi Saladin. Manakala bagi Pertandingan mewarna matematik, peserta diminta untuk menyelesaikan dahulu soalan matematik yg diberikan dan jawapan bagi soalan matematik tersebut adalah warna-warna yang telah ditetapkan untuk gambar yang diberikan. Pertandingan ini menguji kecekapan minda adik-adik kita dalam ilmu matematik.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung kami telah menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Sebanyak 15 unit hamper telah di berikan kepada nombor-nombor yang bertuah pada hari tersebut.

Hari kedua adalah hari kemuncak yang dinanti oleh semua pengunjung. Seawal jam 8.00 pagi acara telah bermula. Acara pertama adalah pertandingan Futsal yang telah disertai oleh pemuda kampung ubai. Seramai 41 orang penduduk telah menyertai pertandingan ini yang terbahagi kepada 8 kumpulan.

Setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang peserta. Acara ini telah di uruskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Ubai. Kami amat berterima kasih atas jasa baik JKKK Kampung Ubai dalam melaksanakan acara ini.

Kami juga telah mengadakan pertandingan ‘code breaking’ untuk para pengunjung karnival yang mana mereka perlu memecahkan kod-kod yang diberikan untuk diterjemah dalam bentuk ayat dengan menggunakan ‘keypad’ telefon bimbit masing-masing.

Pada pukul 10 pagi pertandingan Dam Haji, Dam Spider dan juga chess telah berlangsung di sebelah dewan. Acara dimonopoli oleh golongan kanak-kanak. Aktiviti ini telah di kendalikan oleh Cik Fadzlina dari PJK Binjai dan juga Cik Rozlizawati dari PJK Kuala Berang.

Selepas itu acara diteruskan lagi dengan Pertandingan silang kata yang mana peserta perlu mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi di sebalik huruf-huruf dan juga pertandingan ‘e-jigsaw’. Suasana pada hari kedua kelihatan begitu meriah berbanding hari sebelumnya.

Acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutup Karnival Usahawan & ICT 2010 telah bermula seawal jam 2.30 petang. Antara tetamu jemputan yang di undang adalah YB. Dato’ Hj. Shafik Fauzan b. Sharif selaku Ahli Parlimen DUN Inderapura, Tunku Azela Tunku Aziz sebagai Wakil dari MSC, Encik Shahriman Sidek sebagai wakil dari Digi, Encik Shahrizal selaku Penolong Pengarah SKMM Wilayah Timur, dan juga wakil dari Pegawai Daerah Kuantan.

Acara ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Shafik Fauzan b. Sharif. Acara paling menarik adalah apabila YB diminta untuk mencabut nombor bertuah yang akan dihadiahkan sebuah ‘netbook’ sumbangan dari HP. Semua pengunjung begitu teruja untuk mengetahuinya dan gelagat YB mencuit hati seluruh yang hadir.

Selepas tamat majlis Perasmian Penutup, semua VVIP di bawa untuk melawat ke tapak pameran. Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran adalah MSC, Bomba dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selain itu pelbagai gerai yang menjual produk mereka turut menyertai pameran tersebut. Antaranya IFA Food, Ubai Saji, Kerepek Tradisional, Nasi Dagang Ubai, Makanan ringan dan Jelly Kelapa.

Tidak Ketinggalan Digi turut membuka gerai yang mempromosikan Digi Prepaid Internet yang terbaru. Sewaktu VVIP melawat ke tapak pameran, telah berlangsungnya pertandingan Makan Nasi Dagang Paling Banyak yang dianjurkan oleh gerai Nasi Dagang Ubai. Pertandingan sebegini julung kalinya diadakan di Kampung Ubai.

Setelah itu, semua VVIP dibawa untuk menikmati juadah yang disediakan. Selepas tamat majlis di dewan, pertandingan Futsal telah disambung semula sehingga jam 6 petang. Pihak Urusetia karnival telah mengisi masa lapang dengan mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan penduduk kampung Ubai.

Maka berakhirlah Karnival Usahawan & ICT 2010. Kami ingin meminta ribuan ampun dan maaf atas setiap kekurangan dan kesilapan kami dalam menjayakan karnival ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan karnival ini. Sekian Terima Kasih.

01 Disember 2010

PostHeaderIcon Video Karnival Usahawan & ICT 2010

Video Karnival U & I Digi 2010 - PJK Kg. Ubai, Kuantan, Pahang.
Persembahan video karnival kami. 



Related Posts with Thumbnails

Urusetia

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Email : karnivalunidigi@gmail.com
karnivalunidigi@yahoo.com
H/P : 0139317455 - zana
H/P : 0197964898 - nurul

Dengan Kerjasama