Karnival banner
25 September 2010

PostHeaderIcon Bengkel Karnival dan ICT Sesi 2




Tempat : PJK Kg. Sungai Rambai
Tarikh   : 25 & 26 Sept 2010
Masa    : 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Pertama Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 2

Masih belum terlambat unutk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengunjung karnival blog kami dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya. Bengkel sesi kedua berlangsung di Jasin Melaka dan kami berkampung selama 2 hari di sana. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang mengikuti bengkel kami kerana dapat hadir walaupun bengkel berlangsung dalam bulan Syawal.
Oleh kerana tempat yang terhad, kami hanya menerima 24 penyertaan terawal sahaja bagi bengkel kali ini manakala yang selebihnya terpaksa ditolak. Untuk tidak menghampakan komuniti di sana, kelas biasa akan dijalankan mengikut kesesuaian bagi modul yang sama.

Kebanyakkan peserta terdiri daripada para usahawan iks, belia, lepasan sekolah dan juga pelajar. Bengkel secara percuma dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendalami ilmu bidang ICT terutamanya bagi modul-modul yang disediakan.
Bagi hari pertama, bengkel dimulakan dengan modul blog. Para peserta dibantu oleh fasilitator yang ditugaskan bagi membina blog masing-masing. Setelah minum pagi, bengkel diteruskan dengan modul Audacity iaitu mereka diajar cara mengubah musik, merekod suara dan sebagainya.
Selesai rehat dan makan tengah hari, bengkel diteruskan lagi dengan modul Photoscape di mana mereka diajar untuk mengubah gambar membuat frame, menambah caption dan sebagainya. Setelah rehat minum petang, mereka diberikan taklimat dan persediaan untuk modul pada hari esok.

Hari Kedua Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 2

Modul Keusahawanan membuka tirai bengkel pada hari kedua. Para peserta diberi penerangan tentang asas-asas keusahawanan dalam modul yang disediakan. Selepas itu, sesi perkongsian pengalaman antara pengusaha IKS yang hadir turut dijalankan. Antara pengusah yang hadir adalah seperti pengusaha batik lukis, kek kukus coklat, kerisik, jahitan pakaian dan langsir, homestay dan sebagainya.
Selesai minum pagi, bengkel diteruskan dengan modul terakhir iaitu Photostory. Peserta diajar tentang persembahan digital menggunakan gambar-gambar menjadikan satu jalan cerita yang menarik. Ia juga salah satu cara untuk mempromosi produk mereka dengan lebih efektif.

Selesai makan tengah hari dan rehat, bengkel diteruskan dengan persediaan untuk Digital Story Telling menggunakan perisian-perisian yang telah diajar dalam modul yang diberikan sebelum ini. Kumpulan dibentuk dan dan setiap kumpulan hendaklah menyediakan satu persembahan digital masing-masing.
Setelah minum petang, setiap kumpulan bersedia dengan persembahan masing-masing. Hadiah diberikan kepada 3 kumpulan terbaik dan saguhati kepada kumpulan lain.

Pautan Lanjutan :
24 September 2010

PostHeaderIcon Video Peserta Kg. Sg. Rambai

Bengkel Multimedia Kreatif PJK Kg Sg. Rambai (Digital Story Telling)

Berikut adalah video-video peserta yang mengikuti bengkel multimedia kreatif bersama kami di PJK Kg Ubai Kuantan Pahang pada 25 -26 September 2010.

          

          


Pemenang serta video persembahan pilihan PJK Kg. Sg. Rambai :
  1. Kump1
  2. Kump3
  3. Kump2
Pautan Lanjutan :

PostHeaderIcon Kehadiran Bengkel Sg. Rambai

Kehadiran Bengkel




Jadual Bengkel




Pautan Lanjutan :
01 September 2010

PostHeaderIcon Sesi 1 - PJK Kg. Ubai

Berikut adalah sedikit maklumat tentang senarai peserta dan perjalanan bengkel selama 2 hari di PJK Kg. Ubai, Kuantan Pahang.
Jadual Bengkel :
Kedatangan Peserta 29 Ogos 2010 :
Kedatangan Peserta 30 Ogos 2010 :
Related Posts with Thumbnails

Urusetia

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Email : karnivalunidigi@gmail.com
karnivalunidigi@yahoo.com
H/P : 0139317455 - zana
H/P : 0197964898 - nurul

Dengan Kerjasama