Kalendar
Tinggalkan Jejak
Blog Peserta
Karnival Badge
Blog Archive
09 Ogos 2010
Pengenalan Karnival
10:08 PTG |
Posted by
Karnival U&I Digi |
Edit Catatan
Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Matlamat utama PJK adalah untuk menyumbang secara positif untuk inisiatif kebangsaan bagi mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dan komuniti pinggir-bandar, yang selaras dengan objektif-objektif yang digariskan dalam National Broadband Plan dan MyICMS 886.
Bagi menjayakan sesuatu program yang dirancang, semua pengurusan yang terlibat perlu memainkan peranan yang penting iaitu dengan memperkenalkan segala aktiviti yang akan diadakan kepada setiap orang kampung samada secara formal ataupun tidak formal. Ini adalah bertujuan berita atau program ini mendapat liputan disegenap masyarakat. Dalam program tersebut golongan yang bertanggungjawab penuh adalah bahagian pengurusan iaitu yang dianggotai oleh Norshallylah yang ingin menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Selain itu juga, mahasiswa dan mahasiswi yang sedang bercuti turut dialukan dalam menjayakan program ini. Penglibatan mereka ini adalah sebagai value added ( nilai tambah ) kepada mereka bagi mendapat pengalaman dan juga kemahiran yang bakal diperolehi. Semasa program berlangsung, pasukan Rela dan juga Polis daerah juga turut turun padang bagi memastikan keselamatan terjamin daripada anasir-anasir yang kurang sihat.
Labels:
Karnival
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan