Karnival banner
30 Ogos 2010

PostHeaderIcon Bengkel Karnival dan ICT Sesi 1 Penutup

  

Bengkel diteruskan lagi dengan Modul Keusahawanan kepada peserta yang hadir disebelah pagi. Peserta didedahkan dengan asas-asas perniagaan dan teknik berkesan kepada usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Pengisian modul diselitkan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh usahawan-usahawan yang hadir tentang pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan. Ia bagi membuka minda peserta dan menarik minat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  

Modul yang terakhir adalah bengkel Photostory. Para peserta diajar membuat persembahan berdasarkan gambar-gambar yang telah digubah menggunakan Photoscape tadi kedalam perisian ini. Setiap gambar atau foto dijadikan persembahan dengan menambahkan suara, slide dan motion effect sebelum disimpan menjadi satu persembahan video yang menarik. Ia adalah sesuai untuk para usahawan bagi mempromosikan produk-produk mereka dengan teknik yang lebih efektif mengikut kreativiti masing-masing.
 

Bengkel diteruskan lagi dengan persembahan kumpulan Digital Story Telling dan seterusnya penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik, peserta lelaki dan wanita terbaik dan cabutan bertuah.



Pautan Lanjutan :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Urusetia

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Email : karnivalunidigi@gmail.com
karnivalunidigi@yahoo.com
H/P : 0139317455 - zana
H/P : 0197964898 - nurul

Dengan Kerjasama