Karnival banner

PostHeaderIcon Bengkel ICT

Bengkel ICT & Keusahawanan 2010

Bengkel ICT atau Bengkel Multimedia Kreatif ini dijalankan bertujuan untuk membantu komuniti terutama para usahawan kecil dan sederhana di kawasan kampung dalam memperkenalkan dan sebagai tujuan promosi produk-produk mereka di samping memberi pendedahan dan berkaitan ICT. Bakal usahawan dan pelajar dialu-alukan untuk menyertai program ini.

Bengkel dibahagikan kepada beberapa modul yang seperti modul Blog, Photoscape, Audacity, Photostory dan keusahawanan. Ia memberi asas dan teknik yang boleh dilakukan bagi tujuan pemasaran produk dan meningkatkan pendapatan usahawan dengan teknik yang berkesan.

Ia juga bertujuan untuk menjadikan komuniti lebih celik IT dan menggunakan internet sebagai satu medium menyampaikan maklumat yang efektif.

Bengkel ini juga adalah salah satu kriteria dan syarat bagi pihak kami untuk melaksanakan Karnival Usahawan dan ICT pada tahun ini yang bertempat di Ubai, Kuantan Pahang (Pihak kami andalah antara 6 pasukan terpilih). Ia dibahagikan kepada 3 sesi dan setiap sesi dijalankan 2 hari berturut-turut di tempat yang berlainan.

Dengan dana dan sumber yang diberikan oleh MDEC dan MSC Malaysia, kami berbesar hati untuk menganjurkan bengkel dengan ketetapan seperti berikut:

Tempat : Bilik Latihan PJK Kampung Ubai Kuantan Pahanf
Tarikh : 29 – 30 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Bilik Latihan PJK Kampung Sungai Rambai Jasin Melaka
Tarikh : 25 – 26 September 2010
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Bilik Latihan PJK Felda Tenggaroh 3 Mersing Johor
Tarikh : 15 – 16 Oktober 2010
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Related Posts with Thumbnails

Urusetia

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Email : karnivalunidigi@gmail.com
karnivalunidigi@yahoo.com
H/P : 0139317455 - zana
H/P : 0197964898 - nurul

Dengan Kerjasama