Kalendar
Tinggalkan Jejak
Blog Peserta
Karnival Badge
Blog Archive
10 Disember 2010
Kemeriahan Karnival U&I di Kg. Ubai, Kuantan, Pahang
7:34 PTG |
Posted by
Karnival U&I Digi |
Edit Catatan
Pada 27 dan 28 November yang lalu PJK Kampung Ubai telah melaksanakan Karnival Usahawan dan ICT 2010. Program ini telah mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta dari PJK-PJK Digi yang lain. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk para pengunjung antaranya ‘Winning Eleven’,pertandingan Blog , Penceritaan Digital, mereka cipta, ‘Puzzle Game’ dan sebagainya.
Pada hari pertama pendaftaran pengunjung telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Setiap pengunjung yang hadir telah diberikan nombor untuk cabutan bertuah. Manakala bagi pengunjung kanak-kanak pula Pihak Digi telah bermurah hati untuk memberi cenderamata.
Acara pertama bermula dengan senam robik yang telah di kelolakan oleh pemuda-pemuda Kampung Ubai. Acara ini telah disertai oleh pelbagai golongan penduduk kampung.
Pada pukul 10 pagi pertandingan ‘Winning Eleven’ telah berlangsung di PJK Kampung Ubai. Pertandingan ini telah kendalikan oleh Cik Wan Masnita dari PJK Pasir Gajah dan juga Encik Hafiz dari PJK Gual Ipoh. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Mohd Nor Khidzan b. Ibrahim.
Sementara itu pada waktu yang sama juga telah berlangsung beberapa aktiviti di luar PJK, bersebelahan dengan dewan serbaguna Kampung Ubai. Aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan Teka Jelly dalam balang, reka cipta barangan terbuang dan juga ‘Puzzle Game’ untuk kanak-kanak. Berpeluh-peluh juga mereka ingin menyiapkan ‘puzzle’ yang telah diberikan.
Pada pukul 11 pagi kami telah memberi ruang kepada pihak MSC sebagai penaja utama Karnival U&I untuk slot ceramah kepada para pengunjung. Antara topik yang di ketengahkan adalah pengenalan kepada MSC, perkongsian pengalaman oleh usahawan berjaya dan juga pengenalan kepada asas web 2.0.
Pada waktu petang pula telah berlangsung pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berusia 6-8 tahun dan juga pertandingan mewarna matematik secara ‘online’ di PJK. Bagi peserta pertandingan mewarna, pihak MSC telah bermurah hati untuk memberi sebuah buku mewarna yang di dalamnya terdapat watak-watak dalam cerita animasi Saladin. Manakala bagi Pertandingan mewarna matematik, peserta diminta untuk menyelesaikan dahulu soalan matematik yg diberikan dan jawapan bagi soalan matematik tersebut adalah warna-warna yang telah ditetapkan untuk gambar yang diberikan. Pertandingan ini menguji kecekapan minda adik-adik kita dalam ilmu matematik.
Untuk menarik lebih ramai pengunjung kami telah menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Sebanyak 15 unit hamper telah di berikan kepada nombor-nombor yang bertuah pada hari tersebut.
Hari kedua adalah hari kemuncak yang dinanti oleh semua pengunjung. Seawal jam 8.00 pagi acara telah bermula. Acara pertama adalah pertandingan Futsal yang telah disertai oleh pemuda kampung ubai. Seramai 41 orang penduduk telah menyertai pertandingan ini yang terbahagi kepada 8 kumpulan.
Setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang peserta. Acara ini telah di uruskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Ubai. Kami amat berterima kasih atas jasa baik JKKK Kampung Ubai dalam melaksanakan acara ini.
Setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang peserta. Acara ini telah di uruskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Ubai. Kami amat berterima kasih atas jasa baik JKKK Kampung Ubai dalam melaksanakan acara ini.
Kami juga telah mengadakan pertandingan ‘code breaking’ untuk para pengunjung karnival yang mana mereka perlu memecahkan kod-kod yang diberikan untuk diterjemah dalam bentuk ayat dengan menggunakan ‘keypad’ telefon bimbit masing-masing.
Pada pukul 10 pagi pertandingan Dam Haji, Dam Spider dan juga chess telah berlangsung di sebelah dewan. Acara dimonopoli oleh golongan kanak-kanak. Aktiviti ini telah di kendalikan oleh Cik Fadzlina dari PJK Binjai dan juga Cik Rozlizawati dari PJK Kuala Berang.
Selepas itu acara diteruskan lagi dengan Pertandingan silang kata yang mana peserta perlu mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi di sebalik huruf-huruf dan juga pertandingan ‘e-jigsaw’. Suasana pada hari kedua kelihatan begitu meriah berbanding hari sebelumnya.
Acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutup Karnival Usahawan & ICT 2010 telah bermula seawal jam 2.30 petang. Antara tetamu jemputan yang di undang adalah YB. Dato’ Hj. Shafik Fauzan b. Sharif selaku Ahli Parlimen DUN Inderapura, Tunku Azela Tunku Aziz sebagai Wakil dari MSC, Encik Shahriman Sidek sebagai wakil dari Digi, Encik Shahrizal selaku Penolong Pengarah SKMM Wilayah Timur, dan juga wakil dari Pegawai Daerah Kuantan.
Acara ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Shafik Fauzan b. Sharif. Acara paling menarik adalah apabila YB diminta untuk mencabut nombor bertuah yang akan dihadiahkan sebuah ‘netbook’ sumbangan dari HP. Semua pengunjung begitu teruja untuk mengetahuinya dan gelagat YB mencuit hati seluruh yang hadir.
Selepas tamat majlis Perasmian Penutup, semua VVIP di bawa untuk melawat ke tapak pameran. Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran adalah MSC, Bomba dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selain itu pelbagai gerai yang menjual produk mereka turut menyertai pameran tersebut. Antaranya IFA Food, Ubai Saji, Kerepek Tradisional, Nasi Dagang Ubai, Makanan ringan dan Jelly Kelapa.
Tidak Ketinggalan Digi turut membuka gerai yang mempromosikan Digi Prepaid Internet yang terbaru. Sewaktu VVIP melawat ke tapak pameran, telah berlangsungnya pertandingan Makan Nasi Dagang Paling Banyak yang dianjurkan oleh gerai Nasi Dagang Ubai. Pertandingan sebegini julung kalinya diadakan di Kampung Ubai.
Tidak Ketinggalan Digi turut membuka gerai yang mempromosikan Digi Prepaid Internet yang terbaru. Sewaktu VVIP melawat ke tapak pameran, telah berlangsungnya pertandingan Makan Nasi Dagang Paling Banyak yang dianjurkan oleh gerai Nasi Dagang Ubai. Pertandingan sebegini julung kalinya diadakan di Kampung Ubai.
Setelah itu, semua VVIP dibawa untuk menikmati juadah yang disediakan. Selepas tamat majlis di dewan, pertandingan Futsal telah disambung semula sehingga jam 6 petang. Pihak Urusetia karnival telah mengisi masa lapang dengan mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan penduduk kampung Ubai.
Maka berakhirlah Karnival Usahawan & ICT 2010. Kami ingin meminta ribuan ampun dan maaf atas setiap kekurangan dan kesilapan kami dalam menjayakan karnival ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan karnival ini. Sekian Terima Kasih.
01 Disember 2010
Video Karnival Usahawan & ICT 2010
4:13 PG |
Posted by
Karnival U&I Digi |
Edit Catatan
Video Karnival U & I Digi 2010 - PJK Kg. Ubai, Kuantan, Pahang.
Persembahan video karnival kami.
17 Oktober 2010
Bengkel Karnival dan ICT Sesi 3
8:22 PTG |
Posted by
Karnival U&I Digi |
Edit Catatan
Tempat: PJK Felda Tenggaroh 3, Mersing.
Tarikh: 16 & 17 Oktober 2010
Masa: 9.00 am – 5.00 p.m
Hari Pertama Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3
Pendaftaran Bengkel Multimedia kreatif telah dibuka seawal 2 minggu sebelum bengekel dijalankan. Sambutan yang diterima daripada komuniti setempat sangat menggalakkan. Ini menunjukkan komuniti setempat telah terdedah kepada ICT dan mereka menunjukkan minat untuk mendalami ilmu ICT dan keusahawanan yang ditawarkan.
Seramai 30 orang peserta telah mendaftar bagi sesi ke 3 bengkel Multimedia kreatif di PJK Felda Tenggaroh 3, Mersing. Majoritinya adalah dari golongan remaja. Golongan wanita yang berhasrat untuk memajukan perniagaan di Internet juga turut serta dalam Bengkel tersebut. Tidak kurang juga segelinir golongan kanak-kanak turut hadir untuk menimba ilmu yang diberikan secara percuma ini. Jadi dengan ini tercapailah sasaran peserta kami di semua peringkat umur.
Oleh kerana bilangan peserta yang ramai dan keadaan kelas yang terhad, kami terpaksa mengajar di dua bahagian. Hanya 9 orang peserta ditempatkan di dalam kelas manakala selebihnya kami tempatkan di bahagian ‘cyber hall’.
Pada hari pertama, modul pertama yang di ajar adalah blog. Kesungguhan untuk menimba ilmu jelas terpancar di raut wajah masing-masing tidak kira golongan muda atau tua. Para peserta turut dibantu oleh fasilitator yang terlibat. Modul kedua pula adalah Photoscape . Modul Audacity disambung selepas makan tengahari pada pukul 2.00 petang. Modul terakhir pada hari pertama adalah Keusahawanan. Dalam modul ini peserta didedahkan dengan keusahawanan Sosial, kepentingan usahawan dalam komuniti, dan juga aspek-aspek asas dalam bidang keusahawanan.
Hari Kedua Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3
Pada hari kedua peserta telah di ajar mengenai Photostory. Selepas tamat modul tersebut peserta mula membuat ‘DST’ dalam kumpulan masing-masing. Persembahan DST telah dijalankan pada jam 4.30 petang.
Setelah itu majlis penyampaian hadiah untuk pemenang DST diumumkan dan sesi terakhir adalah sesi fotografi. Selepas jam 5.45 petang peserta mula bersurai.
Dengan berakhirnya Bengkel Multimedia sesi 3 maka sempurnalah ketiga-tiga bengkel yang perlu dijalankan sebelum karnival usahawan 2010 pula. Kami berharap agar semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Pautan Lanjutan :
Langgan:
Catatan (Atom)