Karnival banner
17 Oktober 2010

PostHeaderIcon Bengkel Karnival dan ICT Sesi 3

Tempat: PJK Felda Tenggaroh 3, Mersing.
Tarikh: 16 & 17 Oktober 2010
Masa: 9.00 am – 5.00 p.m

Hari Pertama Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3

Pendaftaran Bengkel Multimedia kreatif telah dibuka seawal 2 minggu sebelum bengekel dijalankan. Sambutan yang diterima daripada komuniti setempat sangat menggalakkan. Ini menunjukkan komuniti setempat telah terdedah kepada ICT dan mereka menunjukkan minat untuk mendalami ilmu ICT dan keusahawanan yang ditawarkan.


Seramai 30 orang peserta telah mendaftar bagi sesi ke 3 bengkel Multimedia kreatif di PJK Felda Tenggaroh 3, Mersing.  Majoritinya adalah dari golongan remaja. Golongan wanita yang berhasrat untuk memajukan perniagaan di Internet juga turut serta dalam Bengkel tersebut. Tidak kurang juga segelinir golongan kanak-kanak turut hadir untuk menimba ilmu yang diberikan secara percuma ini. Jadi dengan ini tercapailah sasaran peserta kami di semua peringkat umur.

Oleh kerana bilangan peserta yang ramai dan keadaan kelas yang terhad, kami terpaksa mengajar di dua bahagian. Hanya 9 orang peserta ditempatkan di dalam kelas manakala selebihnya kami tempatkan di bahagian ‘cyber hall’.


Pada hari pertama, modul pertama yang di ajar adalah blog. Kesungguhan untuk menimba ilmu jelas terpancar di raut wajah masing-masing tidak kira golongan muda atau tua.  Para peserta turut dibantu oleh fasilitator yang terlibat. Modul kedua pula adalah Photoscape . Modul Audacity disambung selepas makan tengahari pada pukul 2.00 petang. Modul terakhir pada hari pertama adalah Keusahawanan.  Dalam modul ini peserta didedahkan dengan keusahawanan Sosial, kepentingan usahawan dalam komuniti, dan juga aspek-aspek asas dalam bidang keusahawanan.
 

Hari Kedua Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3


Pada hari kedua peserta telah di ajar mengenai Photostory. Selepas tamat modul tersebut peserta mula membuat ‘DST’ dalam kumpulan masing-masing. Persembahan DST telah dijalankan pada jam 4.30 petang.

Setelah itu majlis penyampaian hadiah untuk pemenang DST diumumkan dan sesi terakhir adalah sesi fotografi. Selepas jam 5.45 petang peserta mula bersurai.

Dengan berakhirnya Bengkel Multimedia sesi 3 maka sempurnalah ketiga-tiga bengkel yang perlu dijalankan sebelum karnival usahawan 2010 pula. Kami berharap agar semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.


Pautan Lanjutan :
16 Oktober 2010

PostHeaderIcon Kehadiran Bengkel Tenggarroh 3

Kehadiran Bengkel




Jadual Bengkel




Pautan Lanjutan :

PostHeaderIcon Video Peserta Felda Tenggaroh 3

Bengkel Multimedia Kreatif PJK Tenggaroh 3 (Digital Story Telling)

Berikut adalah video-video peserta yang mengikuti bengkel multimedia kreatif bersama kami di PJK Kg Ubai Kuantan Pahang pada 16 -17 Oktober 2010.

          

          

         

Pemenang serta video persembahan pilihan PJK Tenggaroh 3 :
  1. Kump5
  2. Kump3
  3. Kump4
Pautan Lanjutan :
12 Oktober 2010

PostHeaderIcon Bengkel Karnival dan ICT Sesi 3

Tempat : PJK Tenggaroh 3 Mersing Johor
Tarikh   : 16 & 17 Oktober 2010
Masa    : 9.00 pagi - 5.00 petang

Maklumat karnival akan dikemaskini dari masa ke masa.
10 Oktober 2010

PostHeaderIcon Warna-warni Karnival

Karnival Usahawan & ICT - PJK Kg. Ubai Kuantan Pahang
27-28 November 2010
101 Warna Warni Karnival


Related Posts with Thumbnails

Urusetia

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Email : karnivalunidigi@gmail.com
karnivalunidigi@yahoo.com
H/P : 0139317455 - zana
H/P : 0197964898 - nurul

Dengan Kerjasama