Karnival banner
30 Ogos 2010

PostHeaderIcon Bengkel Karnival dan ICT Sesi 1 Penutup

  

Bengkel diteruskan lagi dengan Modul Keusahawanan kepada peserta yang hadir disebelah pagi. Peserta didedahkan dengan asas-asas perniagaan dan teknik berkesan kepada usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Pengisian modul diselitkan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh usahawan-usahawan yang hadir tentang pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan. Ia bagi membuka minda peserta dan menarik minat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  

Modul yang terakhir adalah bengkel Photostory. Para peserta diajar membuat persembahan berdasarkan gambar-gambar yang telah digubah menggunakan Photoscape tadi kedalam perisian ini. Setiap gambar atau foto dijadikan persembahan dengan menambahkan suara, slide dan motion effect sebelum disimpan menjadi satu persembahan video yang menarik. Ia adalah sesuai untuk para usahawan bagi mempromosikan produk-produk mereka dengan teknik yang lebih efektif mengikut kreativiti masing-masing.
 

Bengkel diteruskan lagi dengan persembahan kumpulan Digital Story Telling dan seterusnya penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik, peserta lelaki dan wanita terbaik dan cabutan bertuah.



Pautan Lanjutan :
29 Ogos 2010

PostHeaderIcon Bengkel Karnival dan ICT Sesi 1



Hari ini telah bermula bengkel ICT pertama untuk fasa 3 karnival usahawan & ICT 2010. Bengkel bermula dengan kelas Blogger berlangsung selama lebih kurang 2 jam setengah.
Para peserta didedahkan dengan pembinaan blog bagi tujuan pemasaran dan promosi produk mereka. Teknik seperti, menulis kiriman (post), memuat naik gambar, membuat laman pilihan (contoh laman hubungi kami, produk, dll) telah diajar dan mendapat respon positif dari mereka.
Selain itu mereka juga diajar tentang tema blog,widget blok, dan bagaimana untuk menjadikan blog mereka kelihatan menarik dan cantik.

Modul kedua adalah Bengkel Photostory. Para peserta diajar cara untuk mengubah gambar dan mencantikkan gambar dengan menambah caption, frame, kecerahan dan ketajaman, menggabung gambar dan banyak lagi. Bagi usahawan yang hadir mereka telah menggunakan gambar-gambar produk mereka sendiri untuk tujuan ini.

Bengkel diserikan lagi dengan Latihan dalam kumpulan di mana mereka diberikan soalan dan sesi pembentangan dilakukan mengikut kumpulan yang diberikan. Semua yang hadir memberikan kerjasama yang amat baik.

Bengkel pada sesi petang diteruskan dengan Audacity. Para peserta diajar mengubah bungi pada lagu dan cara bagaimana untuk menambah effect seperti fade in dan fade out, memendek lagu serta menambah track audio pada lagu dan banyak lagi.

Seterusnya mereka diberikan taklimat tentang bengkel pada hari esok berkenaan Bengkel Photostory dan Keusahawanan serta persembahan kumpulan Digital Photo Story sebelum pulang.

Modul latihan dan turutan bengkel pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Modul 1 - Bengkel Blog
  • Latihan Berkumpulan - Tangga atau Escallator
  • Modul 2 - Bengkel Photoscape
  • Modul 3 - Bengkel Audacity
  • Penerangan tentang modul selanjutnya ; Photostory, Keusahawanan dan pembahagian untuk Digital Story Telling.
Klik di sini untuk sambungan kiriman.

Pautan Lanjutan :
28 Ogos 2010

PostHeaderIcon Lokasi PJK Kg Ubai

Lokasi Karnival & PJK Kg. Ubai Kuantan Pahang


Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur




PostHeaderIcon Video Peserta Kg. Ubai

Bengkel Multimedia Kreatif PJK Kg Ubai (Digital Story Telling)

Berikut adalah video-video peserta yang mengikuti bengkel multimedia kreatif bersama kami di PJK Kg Ubai Kuantan Pahang pada 29 -30 Ogos 2010.

          

          

          


Pemenang serta video persembahan pilihan PJK Kg. Ubai :
  1. Kump5
  2. Kump4
  3. Kump2
Pautan Lanjutan :
09 Ogos 2010

PostHeaderIcon Pengenalan Karnival


Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Matlamat utama PJK adalah untuk menyumbang secara positif untuk inisiatif kebangsaan bagi mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dan komuniti pinggir-bandar, yang selaras dengan objektif-objektif yang digariskan dalam National Broadband Plan dan MyICMS 886.

Bagi menjayakan sesuatu program yang dirancang, semua pengurusan yang terlibat perlu memainkan peranan yang penting iaitu dengan memperkenalkan segala aktiviti yang akan diadakan kepada setiap orang kampung samada secara formal ataupun tidak formal. Ini adalah bertujuan berita atau program ini mendapat liputan disegenap masyarakat. Dalam program tersebut golongan yang bertanggungjawab penuh adalah bahagian pengurusan iaitu yang dianggotai oleh Norshallylah yang ingin menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Selain itu juga, mahasiswa dan mahasiswi yang sedang bercuti turut dialukan dalam menjayakan program ini. Penglibatan mereka ini adalah sebagai value added ( nilai tambah ) kepada mereka bagi mendapat pengalaman dan juga kemahiran yang bakal diperolehi. Semasa program berlangsung, pasukan Rela dan juga Polis daerah juga turut turun padang bagi memastikan keselamatan terjamin daripada anasir-anasir yang kurang sihat. 
08 Ogos 2010

PostHeaderIcon Penaja Karnival





Penghargaan kepada :

MSC
MDEC

Nadi Ayu
Mutiara Smart Computing
Hidaka
Creative Century Management Sdn. Bhd
DiGi Telecomunication

PostHeaderIcon AJK Pelaksana



AJK Pelaksana & PJK yang bekerjasama
Penaung – Nurul Syakilla
Penasihat Kehormat – Izhan Jafry
Penasihat - Radiah
Pengerusi Program - Azila
Setiausaha Program - Haniah
Bendahari - Suzana

Ahli Jawatankuasa
Uresetia Induk – Nurul Syakilla
JK Penginapan - Haniah
JK Pengangkutan - Radiah
JK Sukaneka Dan Pertandingan - Azila
JK Promosi - Izhan
JK Persiapan Medan - Fadzlina
JK Hadiah dan Cenderahati - Laily
JK Orang Kenamaan - Mulianie
JK Penyambut Tetamu - Roslizawati
JK Pendaftaran Peserta - Suzana
JK Makanan Dan Minuman - Wan Masnita
JK Keselamtan / Kawal Awam / Kecemasan - Izhan
JK Siaraya - Nurul
JK Pendaftaran Media/ Pemamer/ Booth/ Pameran - Radiah
JK Teknikal On Call - Norshallyllah
JK Jurukamera - Noor Suzana

PostHeaderIcon Tarikh Karnival

TARIKH PROGRAM

Tarikh : 13 & 14 Nov 2010
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Ubai

PostHeaderIcon Objektif

TUJUAN PROGRAM

Memupuk dan menyemai minat komuniti setempat terhadap ICT serta mewujudkan rangkaian masyarakat yang celik ICT disamping membantu usahawan untuk memajukan perniagaan masing-masing.

FAEDAH PROGRAM

  1. Dapat membuka minda komuniti terhadap kepentingan dan kegunaan ICT.
  2. Mewujudkan komuniti yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing.
  3. Membantu menjana sumber pendapatan golongan usahawan dengan lebih sistematik.
  4. Dapat mengukuhkan kerjasama dan hubungan antara komuniti yang terlibat.
  5. Menambahkan pengetahuan dan ilmu kepada komuniti yang terlibat.
Pihak penganjur akan memastikan matlamat dan sasaran program akan  tercapai dengan mengadakan Karnival ini.Antara matlamat Karnival adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta dan pengunjung  tentang kepentingan dan keperluan  ICT  dalam pelbagai bidang seperti bidang keusahawanan, perniagaan,kemahiran dan sebagainya.Selain itu Karnival ini juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, sukaneka, pertandingan mewarna(kanak-kanak), dan sebagainya bagi memeriahkan  lagi karnival.Pelbagai hadiah  dan saguhati yang menarik akan di sediakan untuk para peserta yang mengambil bahagaian.
07 Ogos 2010

PostHeaderIcon Penyertaan Kali Pertama

Buat kali pertama Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai telah terpilih untuk menyertai Karnival Usahawan dan ICT 2010. Sebanyak 6 pasukan telah terpilih untuk menyertai pada tahun ini termasuk PJK kg. Ubai (Digi).

Seramai 3 wakil peserta mewakili PJK Kg. Ubai telah menghadiri Bengkel Latihan Jurulatih yang bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memberi latihan dan kemahiran kepada peserta karnival usahawan dan ICT 2010 supaya dapat melaksanakan bengkel dan karnival dengan lebih berjaya dan ia merupakan fasa 2 bagi perjalanan karnival tahun ini.

Peta ke de Palma Hotel, Ampang

Related Posts with Thumbnails

Urusetia

Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai
Pejabat JKKK Kampung Ubai
26610 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Email : karnivalunidigi@gmail.com
karnivalunidigi@yahoo.com
H/P : 0139317455 - zana
H/P : 0197964898 - nurul

Dengan Kerjasama