Kalendar
Tinggalkan Jejak
Blog Peserta
Karnival Badge
30 Ogos 2010
Bengkel Karnival dan ICT Sesi 1 Penutup
Bengkel diteruskan lagi dengan Modul Keusahawanan kepada peserta yang hadir disebelah pagi. Peserta didedahkan dengan asas-asas perniagaan dan teknik berkesan kepada usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Pengisian modul diselitkan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh usahawan-usahawan yang hadir tentang pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan. Ia bagi membuka minda peserta dan menarik minat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Modul yang terakhir adalah bengkel Photostory. Para peserta diajar membuat persembahan berdasarkan gambar-gambar yang telah digubah menggunakan Photoscape tadi kedalam perisian ini. Setiap gambar atau foto dijadikan persembahan dengan menambahkan suara, slide dan motion effect sebelum disimpan menjadi satu persembahan video yang menarik. Ia adalah sesuai untuk para usahawan bagi mempromosikan produk-produk mereka dengan teknik yang lebih efektif mengikut kreativiti masing-masing.
Bengkel diteruskan lagi dengan persembahan kumpulan Digital Story Telling dan seterusnya penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik, peserta lelaki dan wanita terbaik dan cabutan bertuah.
Pautan Lanjutan :
29 Ogos 2010
Bengkel Karnival dan ICT Sesi 1
Hari ini telah bermula bengkel ICT pertama untuk fasa 3 karnival usahawan & ICT 2010. Bengkel bermula dengan kelas Blogger berlangsung selama lebih kurang 2 jam setengah.
Para peserta didedahkan dengan pembinaan blog bagi tujuan pemasaran dan promosi produk mereka. Teknik seperti, menulis kiriman (post), memuat naik gambar, membuat laman pilihan (contoh laman hubungi kami, produk, dll) telah diajar dan mendapat respon positif dari mereka.
Selain itu mereka juga diajar tentang tema blog,widget blok, dan bagaimana untuk menjadikan blog mereka kelihatan menarik dan cantik.
Modul kedua adalah Bengkel Photostory. Para peserta diajar cara untuk mengubah gambar dan mencantikkan gambar dengan menambah caption, frame, kecerahan dan ketajaman, menggabung gambar dan banyak lagi. Bagi usahawan yang hadir mereka telah menggunakan gambar-gambar produk mereka sendiri untuk tujuan ini.
Bengkel diserikan lagi dengan Latihan dalam kumpulan di mana mereka diberikan soalan dan sesi pembentangan dilakukan mengikut kumpulan yang diberikan. Semua yang hadir memberikan kerjasama yang amat baik.
Bengkel pada sesi petang diteruskan dengan Audacity. Para peserta diajar mengubah bungi pada lagu dan cara bagaimana untuk menambah effect seperti fade in dan fade out, memendek lagu serta menambah track audio pada lagu dan banyak lagi.
Seterusnya mereka diberikan taklimat tentang bengkel pada hari esok berkenaan Bengkel Photostory dan Keusahawanan serta persembahan kumpulan Digital Photo Story sebelum pulang.
Modul latihan dan turutan bengkel pada hari ini adalah seperti berikut:
- Modul 1 - Bengkel Blog
- Latihan Berkumpulan - Tangga atau Escallator
- Modul 2 - Bengkel Photoscape
- Modul 3 - Bengkel Audacity
- Penerangan tentang modul selanjutnya ; Photostory, Keusahawanan dan pembahagian untuk Digital Story Telling.
Klik di sini untuk sambungan kiriman.
Pautan Lanjutan :
Langgan:
Catatan (Atom)

